Flushing Machine Aircond System

Kami menggunakan mesin flushing jenis ECK 3900-UP buatan Italy.

  • Mengapa kami memilih machine jenis ini?
  • Data yang sedia ada dan mampu disimpan bagi mesin ini sangat ‘variable’ bagi majoriti pelanggan kami. Majoriti pelanggan kami adalah model dari eropah dan japan.
  • Data setiap kenderaan sangat penting, kerana setiap kenderaan mempunyai spesifikasi nya tersendiri.
  • Apa kebaikkan Mesin Flushing Aircond ini?
  • Menjimatkan kos-kerja.
  • Menjimatkan masa-kerja.
  • Menyempurnakan proses-kerja.
  • Kenderaan model apa yang boleh melakukan proses menggunakan mesin flushing ini?

Hampir kesemua model kenderaan ringan di malaysia kecuali bagi sistem yang sudah berlaku kerosakan teruk, iaitu minyak bagi sistem sudah menjadi hitam atau istilah lain nya, black oil system. Sebelum melakukan proses flushing ini, kami akan melakukan pemeriksaan sistem dahulu. Samaada menggunakan tools oil checking atau secara manual. Ia adalah untuk mengetahui kondisi dalaman sistem. Sistem yang sudah menjadi ‘black oil’ tidak boleh melakukan proses ini kerana,

  1. Tidak akan berjaya bersih sama sekali.
  2. Ia akan menyebabkan kerosakan kepada Mesin Flushing.

Sistem yang sudah ‘black oil’ sebenarnya boleh berlaku diketika sistem aircond masih lagi bersuhu sejuk. Solusi sistem black oil hanya satu sahaja iaitu menukar satu set lengkap kompenan sistem.Berapa lama masa yang diperlukan untuk proses-kerja flushing system ini? Sebuah kenderaan untuk siap sepenuhnya memakan masa minimum 1 jam sahaja untuk 3 proses ini,

  1. Flushing system.
  2. Tukar minyak compressor.
  3. Tukar gas baru.
  • Bilakah masa yang sesuai untuk melakukan proses flushing ini?
  • Diketika sistem masih sejuk.
  • Capaian milage sudah mencecah 30,000KM
  • Ketika melakukan servis minor dan juga servis major.
  • Ketika melakukan baik-pulih sistem tidak kira apa sahaja kerosakan kerana punca kerosakan bagi sesuatu sistem mekanikal adalah kebanyakkannya disebabkan oleh sumbatan yang berlaku. Ini perlu kepada nasihat dan cadangan yang betul sewaktu pemeriksaan kerosakan dijalankan.
  • Bilakah masa yang sudah terlewat dan tidak sesuai untuk melakukan proses flushing ini?
  • Sistem sudah menjadi black oil.
  • Penggunaan alatganti tiruan atau recondition.

Perhatian: Supaya proses kerja lebih teratur, adalah dinasihatkan agar tuan dan puan melakukan temu-janji dahulu sebelum hadir ke lokasi. Ini untuk mengelakkan pembaziran masa tuan dan puan jika hadir secara walkin, slot pembaikkan telah penuh.

  • Video mengenai mesin flushing di youtube channel kami: