COMPRESSOR

Compressor Aircond Kenderaan

Sebelum tuan puan mahu menukar alatganti sistem aircond yang paling penting iaitu compressor Ini sedikit tip dan nasihat.

Jom semak:

  • Apabila tukar compressor adalah di galakkan untuk menukar condensor
  • Apabila tukar compressor adalah di galakkan untuk menukar condensor
  • Tukar juga dengan kompenan yang namanya dryer filter, ini jika dryer filter yang berasingan kedudukan dengan condensor, terdapat model kenderaan yang tidak boleh menukar dryer filter sahaja terpaksa menukar sekali condensor kerana kedudukan filter tersebut kebanyakannya adalah kenderaan bermodel continental
  • Kenapa perlu tukar condensor dan juga dryer filter?
  • Ini kerana pencemaran sistem yang terhasil daripada compressor telah bergerak ke arah condensor
  • Ini boleh menyebabkan condensor mengalami keadaan liang liang laluan gas telah tersumbat
  • Untuk kes di atas adalah hanya jika mengalami masalah compressor seperti low compresion atau apabila terdapat bunyian tetapi tidak mencemarkan sistem menjadi hitam
  • Jika sistem sudah tercemar, maka tiada jalan lain yang lebih sempurna melainkan 1 set sistem perlu ditukar
  • Apabila flushing atau cucian dilakukan kepada semua kompenan untuk menghilang kotoran sistem 'black oil' pasti ini yang akan berlaku
  • Seawal 2 bulan sahaja selepas pembaikan akan terjadi kerosakan compressor yang sama semula
  • Akan berlaku masalah apabila kenderaan berhenti tidak sejuk, tetapi apabila bergerak boleh sejuk
  • Ia juga bergantung kepada kualiti alat ganti yang digunapakai sama ada usepart, recondition, new china, 2nd grade original mahupun original
  • Oleh kerana itu, apabila compressor bermasalah bukan compressor sahaja yang perlu kita selesaikan, malah banyak lagi yang perlu kita ambil peduli
  • Supaya selepas pembaikan alatganti yang digunakan dapat berfungsi dengan baik dan berpanjangan
  • Lakukan pembaikkan dengan betul sedari awal proses supaya masalah berulang tidak timbul

Cara menukar alatganti compressor yang betul

+ tukar compressor
+ tukar condensor
+ lakukan major servis

+ tukar compressor
+ lakukan proses major servis

+ tukar compressor
+ tukar dryer filter

Mana yang terbaik?

+ sistem kembali normal seperti sediakala

+ sistem tidak normal kerana condensor tidak ditukar khuatir ada sedikit sumbatan berlaku
+ ada risiko compressor kembali rosak

+ sistem tidak normal kerana khuatir terdapat sumbatan didalam condensor dan sistem tersumbat
+risiko compressor kembali rosak adalah tinggi

+ tidak ada apa apa perubahan yang berlaku kepada sistem
+ risiko compressor kembali rosak adalah sangat tinggi

Jadi mengapa kita perlu lakukan tahap pertama?

  • Kerana sistem aircond adalah satu sistem aliran sehala
  • Maksud nya dari titik A ia pergi ke titik B dan ia akan kembali semula ke titik A
  • Ia akan berlaku pengulangan selama mana aircond berfungsi
  • Kerana apabila compressor mengalami masalah ia sedikit sebanyak merosakkan bahagian dalaman compressor
  • Kerana bahagian dalaman compressor terdapat bahan bahan yang diperbuat dari besi, aloy, getah
  • Apabila bahan bahan itu bergesel sesama sendiri ia akan menghasilkan satu benda halus bercampur antara besi, aloy dan getah
  • Benda benda halus ini akan tersebar ke seluruh sistem mengikut perjalanan gas
  • Benda ini juga akan kembali semula ke dalam compressor selama mana sistem berfungsi seperti pada nombor 2
  • Benda benda ini boleh menyebabkan berlakunya kompenan yang tersumbat
  • Compressor original sangat mahal
  • Jangan merisikokan dengan melakukan pembaikkan yang tidak betul
  • Kesan untuk rosak adalah mengambil masa, mengikut pengalaman antara 3 hingga 5 bulan selepas pemasangan
  • Galeri